Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pada sidang media di Ipoh selepas Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan beliau

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meninggalkan pejabat Menteri Besar Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan jam 2.30 petang semalam
Keputusan yang berubah hanya dalam jangkamasa sehari menunjukkan mahkamah kini umpama gelanggang 'sarkas' yang menjadi pentas untuk Umno/BN terus mempergolakkan lagi suasana di Perak.
Keputusan terkini yang memeranjatkan dan marah kerana dalam masa sekejap sahaja mahkamah boleh terima rayuan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, sedangkan di pihak Parti Pas tidak diberitahu.
Berikutan itu, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga kes rayuannya diputuskan mahkamah.
"Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia,hanya sebuah kerajaan yang stabil mampu memastikan hak keamanan dan pembangunan," kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Osman.
Beliau berkata, Artikel 21 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 memperuntukkan bahawa kesungguhan seseorang hendaklah menjadi asas kuasa kerajaan.
Berdasarkan perkembangan yang berlaku berikutan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar, kejadian pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei dan keputusan mahkamah yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah, adalah amat sukar isu Perak ditangani melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat.
___
PERAK DARUL RIDZUAN
No comments:
Post a Comment