5.14.2009

Malaysia tewas lagi...



Malaysia tewas lagi di separuh akhir untuk perlawanan Hoki Piala Asia 2009 Edisi ke-8 yang berlangsung di Kuantan, Pahang sebagai tuan rumah. Sebelum ini, Malaysia pernah ke peringkat separuh akhir sebanyak 4 kali pada tahun 1982, 1994, 1999 dan 2007 sebelum ini.

Dengan riuhan sorakan penyokong-penyokong Malaysia, masih lagi tidak mampu pasukan Malaysia untuk menewaskan pasukan Pakistan dengan kekalahan, Pakistan, 4, Malaysia, 2. Pakistan telah menurunkan permain-pemain veteran mereka pada kali ini untuk memastikan mereka ke peringkat akhir.

Seawal permainan, Malaysia telah menunjukkan aksi garang dan telah mendahului 1-0 yang dijaringkan oleh Ismail Abu pada minit 3 dan di terikat 1-1 pada akhir separuh masa pertama yang dijaringkan oleh Rehan Butt pada minit 18.

Keadaan semakin tegang apabila masuk separuh masa kedua dengan serangan bertalu-talu dari pihak Pakistan. Kebelangan Malaysia semakin malap apabila Pakistan menjaringkan gol ke-2 oleh Akhtar Ali pada minit 46 dan ke-3 oleh Rehan Butt pada minit 63 dan seterusnya gol ke-4, pada 3 minit kemudian oleh Abdul Haseem Khan.

Akhirnya, Malaysia menjaringkan gol oleh Ismail Abu disaat-saat akhir pada minit 69 dengan mendekatkan jurang 2-4. Malaysia akan bertemu dengan pasukan China yang tewas dengan pasukan Korea 5-1 untuk merebut tempat ke-3 pada 16 Mei 2009 pada 1700.



Pakistan akan bertemu Korea pada peringkat akhir yang dijadual berlangsung pada 16 Mei 2009 pada 1930. Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana telah mencapai sasaran mereka ke separuh akhir, sekurang-kurangnya.


No comments: