6.12.2009

DUKA



malam tadi,masih lagi aku berhubung dengan X untuk mengadu
hal-hal aku.X aku sambut baik kerna dia tidak membalas message
sms aku dan aku masih lagi menganggap dia belum lagi menukar
nombor telefonnya.saya masih lagi bersedih hati kerna X
berubah hati untuk berkasih dengan insan lain.

tidakku sangka hubungan kasih antara kami tidak berkekalan.
aku memang mengharapkan kami ke jinjang pelamin suatu hari
kelak.tapi,tidakku tahu mengapa boleh X aku berubah hati
kepada insan lain. segala janji yang diucapkannya tidak
tercapai.janji setia dan ingin berkasih sehingga akhr hayat
hanya tinggal sebagai janji-janji manis.

adakah patut dia berbuat bagitu padaku.aku masih lagi mencari
jawapan yang masih lagi aku tidak temui.malam tadi aku telah
membuat dia bengang dengan diriku.dia masih menganggap
dia masih lagi memberi layanan yang baik kerna membiarkan
diriku untuk mengadu dengan sms dan email.

sejak dari hari dia membuat keputusan untuk memutuskan hubungan
ini,aku tidak lagi hidup seperti dulu.banyak perkara perlu di-
selaraskan semula.selama 5thn ini,aku mempunyai hidup yang
sempurna kerna ada 2 cerita kehidupan dalam hidupku.selama 5thn
ini aku dapat mengadu masalahku bain yang besar mahupunyang
kecil kepadanya.dialah yang mengajar aku untuk berkongsi masalah
bersama.aku sgt gembira kerna ada insan yang sanggup berkongsi
masalah bersama.

aku masih lagi tidak dapat terima keputusan yang dia lakukan.dia
tegaskan bahawa keputusan yang dia lakukan adalah untuk kebaikan
bersama.walhal,keputusan yang dia lakukan adalah untuk kebaikkan
dirinya dan insan yang baru mencintainya.aku masih mencari
kebaikkan keputusan yang dia lakukan.tidak ada kebaikkan pun
yang aku rasai.

ada hikmak disebalik kejadian katanya.hikmah apa yang
dimaksudkan?hanya ingin memujuk diriku agar tidak terasa
hati dengan keputusan yang dia lakukan.walhal,dia ada fikir apa
hikmahnya?ini keputusan dia.bukannya kejadian seperti
kemalangan ataupun kematian yang tidak dijangka oleh
pemikiran manusia.keputusan ini dia yang lakukan.apa
hikmah yang ingin disampaikan?atau hikmah yang ingin direka-
reka hanya utnuk kebahagiaan sendiri?

dia sendiri yang berkata yang dia bahagia kepadaku.kenapa dengan
kehadiran orang ketiga yang meluah perasaan kepadanya terus dia
berubah hati?sedangkan aku dah bagi peluang untuk dia cari yang
lain pada awal-awal tahun dahulu jika terasa tidak serasi.dia
sendiri yang cadangkan bahawa keserasian boleh di-develop untuk
kebahagiaan bersama.aku berusaha untuk serasi dengannya kerna
aku sangat sayang kepadanya.sayang yang teramat.

kenapa dia sanggup buat sebegini rupa padaku?dia yang muncul
dalam diri aku ini yang membuat aku terasa aku sayang kepada
dia.adakah ucapan i love you nya itu adalah lakonan semata-
mata?dia sendiri cakap yang dia obses padaku.tapi kenapa boleh
berubah pendirian setelah 5thn berhubungan kasih?

aku terasa dipermain-mainkan.adakah perbuatan dia selama 5thn ini
adalah dusta semata-mata?aku terasa amat sedih lagi.memang agak
sukar untuk merawat kesedihan ini.setiap malam aku terkenangkan
dia.setiap malam aku tidak dapat tidur lena dan sentiasa terjaga-
jaga.selama ini,dialah inspirasi aku untuk berjaya.dialah inspirasi
aku untuk mendapat kehidupan yang berkualiti.kenapa perkara
sebegini berlaku?

aku masih termimpi-mimpikan dia dalam kehidupan aku.sebelum ini,
setiap hari aku doakan kami dapat meneruskan hubungan ini hingga
akhir hayat.tapi,lihatlah sekarang,perkara sebaliknya berlaku.

kawan-kawan,ambillah seberapa banyak iktibar dalam kisah ini.ini
kisah yang terjadi padaku.aku masih lai mencari jawapan dan
ketenangan.

ZiM
diriku masih lagi berduka

5 comments:

Anonymous said...

salam zim

bersabar lah wahai sahabat
mmg ada hikmah disebalik kejadian
tp,aku pun setuju ini hikmah atas
keputusan manusia

5 tahun kamu saling kenal mengenali
masih lagi tidak cukup untuk tahu
hati budi?
aku pun tertanya2 kenapa boleh jd
sebegini selepas membaca artikel
ini

ada juga perempuan sebegini rupa
biasanya lelaki akan sebegitu
tp,kisah kamu ini,sebaliknya

moga Allah bersama kamu

Anonymous said...

selalu nya memang ada hikmah disebalik kejadian...bersabar lah..

tapi, lebih baik ia berlaku walaupun memang lama 5 thn itu, dari kejadian yang sama berlaku bila kalian sudah bertunang atau berkahwin...

ziimmo said...

apa yg hendak diketengahkan dalam isu ini?

kenapa tiba-tiba boleh berrubah fikiran?

kenapa kena tunggu sehingg 5 thn?

masih lagi tidak ku mengerti apa yg hendak disampaikan...

ziimmo said...

apa yg hendak diketengahkan dalam isu ini?

kenapa tiba-tiba boleh berrubah fikiran?

kenapa kena tunggu sehingg 5 thn?

masih lagi tidak ku mengerti apa yg hendak disampaikan...

Y said...

Azim,

Bad news. Maaf, baru je tahu kamu berdua bersama & baru sangat tahu kamu berdua sudah berpisah.

Life is really tough, huh.

Quran byk menjawab pelbagai persoalan. Back to HIM, He's always there.

Pemuda Islam mesti kuat!

Bina Islam dalam diri, insyaAllah kamu akan kuat :)

-aisyah-ex-homeroom-mate.mzms-