Perlawanan antara Malaysia dan China penuh dramatik utnuk merebut tempat ke-3 pada Kejohanan Hoki Piala Asia 2009 yang berlangsung di Kuantan,Pahang. Sama seperti perlawanan bertemu Pakistan pada separuh akhir,Malaysia membuat hatrik menjaringan gol pendahuluan pada minit pertama yang dijaringkan oleh Ismail Abu.
Tidak lama kemudian china menyamakan kedudukan dengan jaringan gol oleh Sang Yi pada minit 19. Pasukan Malaysia menjarakkan kedudukan 2-1 dengan jaringan Chua Boon Huat pada minit 32 sehingga tamat separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua,China menjaringkan gol pada minit 46 oleh Jiang Xishang.Malaysia terus mencuba nasib dengan membalas serangan dan berjaya menjarakkan kedudukan 3-2 dengan gol dijaringkan oleh Mohamad Nor Nabil Fiqri pada minit 64.Nasib tidak menyebelahi Malaysia,China menjaringkan gol pada 2 minit kemudian.Babak 2 berakhir dengan kedudukan terikat 3-3.
Masa tambahan pertama dengan keadaan kedua-dua pasukan menyusun strategi untuk menjaringkan gol.Keadaan makin tertekan kerana kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol pada masa tambahan pertama dan kedua.
Akhirnya penalti menentukan segalanya. Malaysia tewas di babak penalti dengan kekalahan 6-7. Syabas pada pasukan Malaysia.Mereka telah menunjukkan semangat berpasukan dan menunjukkan mereka bukanlah pasukan yang boleh ditumpaskan dengan mudah.
Juara Kejohanan Hoki Piala Asia 2009 dimenangi oleh Korea dengan kemenangan 1 berbalas 0 yang dijaringkan oleh Kim Byung-Hoon pada minit 66. Penyampaian dismpaikan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (Presiden Persatuan Hoki Malaysia).
===================================
No comments:
Post a Comment