4.21.2009

KOMENTAR coleteh dari YDP MPP UMP

Assalamualaikum wbt dan Salam Muhibbah

Ketika komentar ini ditulis pada Hari Selasa, 21hb April 2009 pada pukul 1.22pagi, saya melihat keadaan suasana warga Kolej Kediaman 1 dan 3 masih lagi meriah dengan para mahasiswa mahasiswi yang berada di sekitar tangki statik untuk mendapatkan bekalan air bagi meneruskan kelangsungan hidup. Hujan turun dengan lebat ketika ini namun semangat mahasiswa mahasiswi UMPuntuk mendapatkan air tidak pernah lumpuh. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kerana pihak pengurusan tertinggi UMP diketuai oleh Dato' Naib Canselor yang prihatin dengan isu ini dan mengarahkan pihak JPPH menyewa tambahan lori tangki air daripada pihak luar. Pihak UMP membayar lori tambahan yang kita sedia maklum daripada pihak Felda. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menghargai usaha mengurangkan beban tetapi ingin saya ingatkan bahawa kita sebenarnya tidak menyelesaikan isu sebenar iaitu status Loji Air Jabatan Bekalan Air Pahang di Lepar.


Perkara inilah yang menghantui dan membayangi setiap warga UMP baik di peringkat felo, Staff JPPH dan para mahasiswa mahasiswi sendiri. Sudah 7 hari UMP bergelap dengan ketiadaan bekalan air di Kolej Kediaman 1,2,3. Sudah seminggu kami terpaksa berhempas pulas menggadai masa yang seharusnya diperuntukkan untuk mentelaah bagi Peperiksaan Akhir Tahun(Final Exam). Saya berasa sedih dan semua warga UMP sangsi akan kesungguhan tindakan pihak JBA Pahang dalam menangani masalah ketiadaan air. Saya sendiri dimaklumkan beberapa kali bahawa masalah air akan selesai sejak hari Jumaat lepas tetapi indah khabar dari rupa. Sehingga hari ini, hari Selasa, UMP mengalami kegelapan bekalan air paling teruk sejak ia ditubuhkan.


"Apa ini? Hujan setiap malam,takkan air takde kot???", rungutan ini sering kali saya dan rakan-rakan MPP yang lain terpaksa hadapi. Tahun 2008 sahaja kita telah mengalami gangguan air beberapa kali dan krisis kegelapan bekalan air pada Final Exam kali ini paling buruk iaitu masuk hari yang ke 7. Alahai, cuba setiap pegawai-pegawai UMP, pegawai JBA Pahang tinjau keadaan di Kolej Kediaman 1 dan 3 setiap malam. Sehingga jam 1.30 pagi, masih bersepah para mahasiswa mahasiswi yang berhempas pulas mencari sebaldi air. Ini berlaku dalam minggu Final Exam!!! Ini tidak adil dan satu penganiyaan kepada kami. Alahai sedihnya krisis kegelapan bekalan air masih menghantui UMP buat sekian lama. Cukuplah dengan kita mendengar alasan Pump Air rosak, Loji Air di Lepar buat hal dan bermacam-macam alas an lagi. Ada beberapa seoalan yang kita perlu lemparkan dan perlu dijawab bersama:

Pertama, kenapakah krisis kegelapan bekalan air di UMP berlaku setiap kali pada Final Exam?

Kedua, kenapakah tiada notis awal dikeluarkan oleh pihak JBA Pahang kepada pihak UMP untuk persediaan dan makluman awal?

Ketiga, mengapa krisis kegelapan bekalan air UMP memakan masa selama sehingga seminggu(dan berterusan) dan hanya UMP sahaja yang terkena tempias ini?

Keempat,dengan kepakaran kita sebagai universiti teknikal bertaraf dunia yang menggaji ramai jurutera-jurutera pakar , kenapakah tiada kajian secara serius dibuat bagi mengatasi masalah kegelapan bekalan air di UMP yang telah berlaku sekian lama?

Kelima,apakah jaminan pihak JBA Pahang dan pihak pengurusan tertinggi UMP bahawa krisis kegelapan bekalan air ini tidak akan berlaku lagi dimasa-masa hadapan?


Rakan-rakan mahasiswa-mahasiswi UMP sekalian, dengan kelima-lima persoalan ini saya menyeru kepada seluruh warga UMP bahawa krisis kegelapan bekalan air ini bukanlah satu krisis yang mudah ditangani. Ia melibatkan komitmen pihak pengurusan tertinggi UMP,pihak JBA Pahang, Kementerian Pengajian Tinggi,Kerajaan Negeri Pahang, Yang Berhormat kawasan Gambang dan banyak lagi. MPP UMP hanya satu badan yang boleh menyuarakan kebimbangan dan tiada kuasa lebih daripada itu. Saya sebagai Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UMP juga hanya pelajar universiti yang biasa seperti anda semua. Tapi, saya yakin kita punyai kuasa sebagai stake holder terbesar yang perlu digunakan dan disuarakan ke peringkat paling tinggi.

==========================================

p/s:
aku nak umah..tekanan exam..dah 2 paper exam susah2.. :-(

ade 3 lg paper...uwaaa...
nak balik...kat umah ade air....leh mandi puas2...

No comments: